Tragedi mandi air terjun: Mangsa tenggelam ke dasar kolam

Mangsa lemas dilihat tenggelam ke dasar kolam ketika mandi di Air Terjun Junjong, pada Selasa.
Mangsa lemas dilihat tenggelam ke dasar kolam ketika mandi di Air Terjun Junjong, pada Selasa.
A
A
A

KULIM - Remaja yang lemas semasa mandi di Air Terjun Junjong dipercayai tenggelam ke dasar kolam bersama seorang lagi rakan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Sazalee Adam berkata, siasatan mendapati mangsa, Iman Zulhakim Rahim, 18, tenggelam bersama seorang lagi rakannya yang mandi di kolam terbabit.

Menurutnya, kesemua lima rakan itu datang ke kawasan air terjun berkenaan dengan menaiki sebuah kereta.

"Kesemua mereka datang dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan sebaik tiba di kawasan air terjun terbabit mangsa bersama seorang lagi rakannya turun perlahan-lahan di tebing kolam.

"Bagaimanapun, saksi yang juga rakan mereka memberitahu secara tiba-tiba kedua-duanya dilihat lemas dan tenggelam," katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Menurut Sazalee, seorang daripada mereka yang pandai berenang terus terjun untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa.

"Bagaimanapun, hanya seorang mangsa sempat diselamatkan dan berjaya ditarik ke atas,"jelasnya.

Sazalee berkata, siasatan mendapati, ketika kejadian, hanya mereka berlima berada di kawasan kolam berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Mayat dihantar ke Hospital Kulim untuk proses bedah siasat.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang remaja lelaki ditemukan lemas ketika mandi bersama beberapa rakan di Air Terjun Junjong kira-kira jam 10.54 pagi Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja lemas mandi air terjun