X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Kerajaan perlu teliti sebelum beri kelulusan penjenamaan

Arak jenama Timah yang didakwa menghina orang Islam kerana jenama dan imej yang digunakan.
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu peka dalam menyelia setiap kelulusan penjenamaan dan strategi pemasaran syarikat kerana dikhuatiri menyentuh sensitiviti kepelbagaian kaum dan agama.

Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, kerajaan perlu menilai semula kelebihan dan kemudaratan berkaitan isu arak jenama 'Timah' yang merupakan produk Malaysia yang telah menimbulkan kontroversi sejak ia memperoleh pengiktirafan antarabangsa.

Menurutnya, Malaysia dikenali di serata dunia kerana kemajmukan dan martabat Islam yang tinggi serta masih mengekalkan progresif dalam membangunkan sebuah negara yang pelbagai kaum serta bangsa.

“Sekiranya arak menjadi tanda aras untuk dikenali di mata dunia dan lebih menyedihkan pengiktirafan arak tersebut tidak memberi impak yang besar terhadap ime negara di mata dunia.

“Jika kelebihan ekonomi menjadi ukuran, lihatlah berapa nyawa yang sudah terkorban akibat arak dan berapa ramai yang menjadi mangsa keadaan kerana pemandu mabuk dan sebagainya.

“Saya percaya kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ hari ini pasti cakna dan mahukan yang terbaik untuk semua rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Syed Mohd berkata, isu ini perlu diselesaikan secara tuntas dan rakyat tidak boleh dibelenggu dengan isu yang tidak memangkin pembangunan mampan.

Beliau berkata, kita perlu bersatu dan mencari jalan penyelesaian agar isu arak tempatan dalam diselesaikan dengan segera.

“Walaupun arak whisky jenama ‘Timah’ adalah milik syarikat swasta tetapi ia telah menimbulkan persepsi yang kurang sihat dalam kalangan masyarakat.

“Syarikat pengeluar arak ini bukan pertama kali memenangi anugerah antarabangsa. Malah, sebelum jenama ‘TIMAH’ sudah wujud arak jenis ‘vodka’ keluaran syarikat ini yang juga telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.

“Kini isu nama timbul dan spekulasi gambar lelaki di atas botol arak tersebut telah menimbulkan pelbagai kontroversi.

“Jelasnya, ada yang menyatakan nama Timah mempunyai tradisinya yang tersendiri dan penggunaan gambar itu seolah-olah mengiktiraf peranan British memperkenalkan arak jenis ‘spirit’ daripada era kolonial Malaysia,” ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!