Warga emas diserang sakit jantung ketika daki gunung

Mayat mangsa dibawa turun oleh pasukan penyelamat dengan menggunakan pengusung, pada Selasa.
Mayat mangsa dibawa turun oleh pasukan penyelamat dengan menggunakan pengusung, pada Selasa.
A
A
A

KLUANG - Seorang warga emas ditemui sudah meninggal dunia ketika sedang melakukan aktiviti mendaki di Gunung Lambak, di sini, pada Selasa.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Pegawai Bomba Kanan II, Norhakim Nordin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.25 tengah hari.

“Setibanya di lokasi kejadian, bomba dapati terdapat seorang lelaki berusia 62 tidak sedarkan diri. Mangsa dikatakan ditemui orang awam yang lalu di kawasan berkenaan.

“Mangsa kemudiannya telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dipercayai akibat serangan jantung,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Norhakim berkata, ketika ditemui mangsa hanya berseorangan dan dipercayai dalam perjalanan untuk turun ke bawah.

“Pasukan penyelamat kemudiannya bertindak menurunkan mangsa dari puncak gunung menggunakan alat pengusung dengan bantuan pihak polis dan KKM.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak terbabit untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.05 petang,” katanya.

Artikel Berkaitan: