NAFAS sedia peruntukan RM4.79 juta kepada 32,120 ahli

Zamri (empat kiri), menyerahkan sumbangan kepada wakil unit sempena Majlis Penyampaian Sumbangan PKPD COVID-19 di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gerai, Besut.
Zamri (empat kiri), menyerahkan sumbangan kepada wakil unit sempena Majlis Penyampaian Sumbangan PKPD COVID-19 di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gerai, Besut.
A
A
A

BESUT - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah memperuntukkan sebanyak RM4.79 juta bagi tahun ini untuk disalurkan kepada Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di seluruh negara sekali gus akan memberi manfaat kepada kira-kira 32,120 orang penerima di seluruh negara.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Zamri Yaakob berkata, daripada peruntukan itu, sebanyak RM3.2 juta akan disalurkan sebagai wakalah zakat di mana setiap PPN akan menerima RM70,000 manakala setiap PPK akan menerima peruntukkan sebanyak RM8,000.

“Gerakan Pertubuhan Peladang merupakan satu gerakan yang besar. NAFAS di peringkat nasional dianggotai oleh 14 PPN, 279 PPK dan hampir sejuta ahli-ahli peladang di seluruh negara.

Zamri (kiri) menyerahkan sumbangan kepada setiap wakil unit sempena Majlis Menyampaikan Sumbangan PKPD Covid-19 di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gerai, Besut.
Zamri (kiri) menyerahkan sumbangan kepada setiap wakil unit sempena Majlis Menyampaikan Sumbangan PKPD Covid-19 di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gerai, Besut.

“Justeru adalah menjadi tanggungjawab NAFAS untuk menjaga kebajikan semua komponen gerakan yang bernaung di bawah Keluarga Peladang ini.

“Keluarga Peladang ini pula akan bergerak sebagai subset yang akan melengkapi Keluarga Malaysia yang lebih besar. Oleh itu, saya berharap supaya Keluarga Peladang ini bergerak akrab dan sentiasa menjaga antara satu sama lain,” katanya dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Covid-19 di PPK Gerai, di sini pada Selasa.

Hadir sama, Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Abdul Rahman Bakri, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Terengganu, Mohd Saupee Sudin, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPN Terengganu, Datuk Rosli Harun dan Pengerusi Ahli Jemaah, Pengarah PPK Gerai, Hasmadi Hassan.

Artikel Berkaitan:

Zamri (tengah, barisan hadapan) merakam gambar kenangan bersama penerima dan wakil-wakil unit yang hadir sempena Majlis Sumbangan PKPD COVID-19 di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gerai, Besut.
Zamri (tengah, barisan hadapan) merakam gambar kenangan bersama penerima dan wakil-wakil unit yang hadir sempena Majlis Sumbangan PKPD COVID-19 di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gerai, Besut.

Pada majlis tersebut seramai 378 penerima yang layak telah menerima bantuan terbabit melibatkan ahli Peladang daerah Hulu Besut.

Mengulas lanjut mengenai peruntukan berkenaan, Zamri berkata, secara perinciannya Terengganu bakal menerima peruntukan sebanyak RM225,000 dengan agihan zakat sebanyak RM160,000 yang akan memberi manfaat kepada 1,600 orang asnaf di Terengganu.

Sementara itu, Ketua Unit Kampung Gong Gemuntong, Wan Ali Abdullah, 72, berkata, sumbangan yang diberi kepada 10 penerima di bawah unitnya diharap sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan kepada mereka.

Wan Ali
Wan Ali

"Kami sangat berbesar hati dengan sumbangan diberikan hari ini kerana merasakan dihargai walaupun kami hanya ahli biasa tetapi pihak atasan sentiasa menunjukkan keprihatinan mereka dengan situasi ahli terutamanya pada musim sebegini (Covid-19)," katanya.

Bagi Ketua Unit Layout Gerai, Ahmad Awang, 65, mengakui amat berterima kasih dengan keprihatinan pihak NAFAS dalam menghulurkan bantuan kepada ahli.

Ahmad
Ahmad

"Majoriti penerima di bawah unit saya bukan sahaja yang terlibat dengan pesakit positif covid-19 tetapi juga ada dalam kalangan mereka golongan asnaf.

" Jadi saya harap dengan sumbangan hari ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ditanggung mereka,"ujarnya