X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

28 pesakit Covid-19 daripada Kluster Langkap 2 pulih

KLUSTER
A
A

KUALA PILAH - Sebanyak 28 kes jangkitan Covid-19 daripada Kluster Langkap 2 telah pulih dan dibenarkan keluar wad atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), setakat Selasa.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap berkata, baki 11 orang lagi dibenarkan keluar dari wad pada Rabu.

"Terdapat 25 lagi individu yang merupakan kontak rapat kes akan tamat kuarantin di rumah pada Rabu dan Khamis.

"Setakat ini tiada lagi pertambahan kes bagi kluster tersebut dan kes sudah stabil," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Sinar Harian pada 7 Oktober lalu melaporkan seramai 28 orang disahkan dijangkiti Covid-19 selepas menghadiri satu majlis perkahwinan di Kampung Orang Asli Langkap, Tanjung Ipoh di sini.

Jumlah itu bertambah sebanyak 11 orang menjadikan keseluruhan kes positif wabak berkenaan ialah sebanyak 39 kes.

Bagaimanapun, tiada sebarang kematian direkodkan akibat kluster ini, manakala mereka yang dijangkiti telah dirujuk ke PKRC serta Hospital Tampin.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!