Lelaki rentung terperangkap dalam rumah terbakar

Bomba mengambil masa sekitar 30 hingga 40 minit untuk memadamkan kebakaran.
Bomba mengambil masa sekitar 30 hingga 40 minit untuk memadamkan kebakaran.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditemui rentung dalam sebuah rumah teres dua tingkat yang terbakar di Taman Seri Petaling di sini pada awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Brickfield, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya menerima maklumat awal berkenaan kejadian kebakaran tersebut sekitar jam 1 pagi.

"Jabatan Bomba dan Penyelamat telah dikejarkan ke tempat kejadian dan mengambil masa 30 hingga 40 minit memadamkan kebakaran tersebut.

"Siasatan di tempat kejadian telah menjumpai mayat seorang lelaki yang telah rentung di dalam rumah tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Anuar berkata, punca kejadian masih dalam siasatan dan saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.

"Kes diklasifikasikan sebagai laporan kebakaran dan mati mengejut. Kes disiasat oleh Ketua Polis Balai Sri Petaling, Inspektor Nik Faidrul Nik Fauzi.

"Pihak Polis mengalu-alukan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini tampil untk memberi keterangan. Maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222," ujarnya.

Artikel Berkaitan: