'Calon Pas mesti berwibawa, bukan sekadar rakan berbual di kedai kopi'

Abdul Hadi
Abdul Hadi
A
A
A

SHAH ALAM - Pas akan memastikan semua calon yang diketengahkan dalam pilihan raya akan datang adalah individu yang berwibawa dan memenuhi semua sifat sebagai pemimpin.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kriteria itu penting bagi memastikan calon yang dipilih itu benar-benar layak.

"(Kriteria) ini penting yang kita mesti pilih. Kita hendak pilih calon bukan sahaja untuk menjadi rakan berbual di kedai kopi. Tetapi kita mahu calon yang turun padang termasuk calon yang mampu bergerak di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Ini penting supaya kita mampu memerintah negara dan negeri. Perkara ini mesti kita atur dan susun," katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan yang dimuat naik di laman Facebook beliau pada Isnin.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, dalam menghadapi pilihan raya, Pas perlu bersedia menjadi parti yang kuat dan kukuh.

"Parti yang kuat mestilah melalui tarbiah, kekuatan rohani, kekuatan jentera dan paling utama adalah pengurusan parti itu perlu kuat," ujarnya.

Artikel Berkaitan: