Bekalan air di Sepang, Kuala Langat dijangka pulih esok

No Image Caption
A
A
A

SEPANG - Gangguan bekalan air berikutan kejadian paip pecah berhampiran Simpang 3 LBJ, Jalan B48, Kampung Chinchang, Salak Tinggi di sini dijangka pulih sepenuhnya pada jam 10 pagi Rabu.

Ia berikutan kerja membaik pulih paip berkenaan selesai pada jam 2 petang Selasa.

Air Selangor berkata, bekalan air mula disalurkan kepada pengguna bermula jam 2.30 petang Selasa secara berperingkat ke 145 kawasan di wilayah Sepang dan 11 kawasan di Kuala Langat yang terjejas.

Bagaimanapun, katanya, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna serta tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

“Air Selangor terus menggerakkan bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

“Para pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki ini,” kata menerusi satu kenyataan di Facebook pada Selasa.

Sementara itu, Air Selangor menasihatkan pengguna supaya merujuk semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti Facebook, Instagram dan Twitter, atau menghubungi Air Selangor di talian 15300 untuk mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: