X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 26 Mei 2022

'Tak jadi bunuh diri sebab kesejukan'

Polis menjalankan siasatan berhubung tindakan lelaki yang mengikat dirinya pada sebatang pokok. Foto: ihsan Bomba Perak.
A
A

SUNGAI SIPUT - Seorang lelaki terpaksa membatalkan hasratnya untuk membunuh diri apabila tidak tahan kesejukan selepas mengikat dirinya sendiri pada sebatang pokok di Bukit Headwood di sini.

Lelaki berusia 40-an itu dipercayai telah terikat lebih 10 jam bertindak demikian disebabkan tekanan perasaan yang dialaminya.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kejadian itu disedari penduduk yang terdengar jeritan meminta pertolongan sebelum menghubungi polis pada jam 7.45 pagi.

"Setibanya di lokasi terdapat lelaki dalam keadaan kaki diikat dengan tali manakala tangan terikat dengan rantai yang dipercayai dilakukannya sendiri.

"Dia juga sempat mencampak anak kunci dalam kejadian itu. Dia disyaki melakukan perbuatan itu sejak jam 9 malam pada Isnin sebelum ditemui. Khidmat bomba dipanggil bagi membantu membuka rantai terbabit," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Menurutnya, dia ditemui dalam keadaan lesu dan tiada sebarang kecederaan lain pada tubuhnya.

Menurut beliau, lelaki berkenaan dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk mendapatkan rawatan dan siasatan masih diteruskan.


Mereka yang memerlukan sokongan boleh menghubungi befrienders.org.my/centre-in-malaysia atau hubungi talian hotline Befrienders (03-7627 2929); Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999) dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (03-77825499)



Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!