Suami isteri dikompaun, rentas negeri tanpa lengkap vaksinasi

Sepasang suami isteri dikompaun RM5,000 setiap seorang kerana didapati merentas negeri tanpa sijil vaksinasi Covid-19 yang lengkap, pada Isnin.- Gambar hiasan
Sepasang suami isteri dikompaun RM5,000 setiap seorang kerana didapati merentas negeri tanpa sijil vaksinasi Covid-19 yang lengkap, pada Isnin.- Gambar hiasan
A
A
A

KOTA TINGGI - [DIKEMASKINI] Sepasang suami isteri dikompaun RM5,000 setiap seorang kerana didapati merentas negeri tanpa sijil vaksinasi Covid-19 yang lengkap, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Hussin Zamora berkata, pasangan itu ditahan selepas diperiksa dalam satu sekatan jalan raya di Inas, Jalan Kulai - Kota Tinggi.

“Semalam kita telah kompaun sepasang suami isteri yang didapati merentas negeri tanpa vaksin lengkap.

“Pasangan ini dipercayai bergerak dari Perak menuju ke Kulai menggunakan Jalan Inas. Nilai kompaun adalah sebanyak RM2,000 setiap seorang,” katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.

Hussin berkata, pasangan berkenaan dikenakan kompaun di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Katanya, usaha sedemikian akan terus dilakukan menerusi pemantauan dengan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekitar daerah ini.

“Pihak kami akan terus menjalankan operasi dan nasihat akan sentiasa diberikan kepada masyarakat sebagai usaha membendung penularan wabak Covid-19,” katanya.

Artikel Berkaitan: