Polis Kedah keluarkan 94 saman pelbagai kesalahan trafik

Sebanyak 98 buah kenderaan dan 100 individu diperiksa dalam operasi dilakukan dekat Dataran Jam Besar Sungai Petani, pada Isnin.
Sebanyak 98 buah kenderaan dan 100 individu diperiksa dalam operasi dilakukan dekat Dataran Jam Besar Sungai Petani, pada Isnin.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Polis mengeluarkan sebanyak 94 saman kepada pemilik kenderaan selepas mereka didapati melakukan pelbagai kesalahan trafik dalam operasi dilakukan berdekatan Dataran Jam Besar pada Isnin.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, operasi yang bermula jam 10 malam itu mengesan sebanyak 79 buah motosikal, 13 kereta dan dua van didapati melanggar peraturan dan dikenakan tindakan saman.

Menurutnya, antara kesalahan yang dikesan termasuklah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan kesalahan membabitkan nombor plat pendaftaran.

"Kita juga telah menyita tiga buah motosikal bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Polis melaksanakan Ops Noda di sebuah premis dekat Taman Pekan Baru Sungai Petani, pada Isnin.
Polis melaksanakan Ops Noda di sebuah premis dekat Taman Pekan Baru Sungai Petani, pada Isnin.

Beliau berkata, operasi diketuai Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari itu turut membabitkan tujuh pegawai kanan polis dan 17 pegawai pangkat rendah telah membuat pemeriksaan ke atas 98 buah kenderaan dan 100 individu.

Dalam perkembangan berbeza, Kamarul Zaman berkata, polis turut menahan 27 individu membabitkan pemilik perniagaan, pekerja dan pengunjung dalam Ops Noda di sebuah premis hiburan dekat Taman Pekan Baru, Sungai Petani.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan, didapati lesen perniagaan premis terbabit telah tamat tempoh dan melanggar Peraturan 8 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit bawah Akta 342," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, polis menasihati orang ramai agar terus mematuhi undang-undang serta mengamalkan normal baharu walaupun kebenaran rentas negeri dan kebanyakkan sektor perniagaan telah dibenarkan beroperasi.