Kerajaan perlu tegas kawal harga benih padi

Kerajaan perlu tegas dalam pengawalan harga benih padi yang dikhuatiri dimonopoli pihak tertentu yang mengambil kesempatan mencari keuntungan atas kelemahan petani. (Gambar kecil: Che Ani)
Kerajaan perlu tegas dalam pengawalan harga benih padi yang dikhuatiri dimonopoli pihak tertentu yang mengambil kesempatan mencari keuntungan atas kelemahan petani. (Gambar kecil: Che Ani)
A
A
A

AYER HITAM - Kerajaan perlu tegas dalam pengawalan harga benih padi yang dikhuatiri dimonopoli pihak tertentu yang mengambil kesempatan mencari keuntungan atas kelemahan petani.

Pengerusi Badan Bertindak Petani Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Che Ani Mat Zain berkata, tindakan itu perlu diambil bagi mengatasi masalah benih padi yang berlaku ketika ini.

Beliau menjelaskan ini kerana dikhuatiri ada peniaga ataupun pengilang yang tidak mematuhi harga ditetapkan kerajaan.

"Antara isu lain termasuklah sebahagian benih padi yang dikeluarkan dipercayai bukan dari tapak benih yang sebenarnya dan kartel dalam agensi terbabit perlu dihapuskan segera demi menangani isu itu

"Kelemahan kerajaan dalam mengatasi masalah membekal dan mengedarkan benih padi kepada seluruh petani di Malaysia khususnya kawasan MADA turut dikesali," katanya pada sidang akhbar di Kampung Tempayan Pecah pada Selasa.

Dalam perkembangan sama, Che Ani berkata, kelewatan pengagihan benih padi turut mengakibatkan masalah pematuhan dan perubahan jadual tanaman disebabkan musim tengkujuh dan kemarau sehingga boleh menyebabkan hasil pendapatan petani berkurang.

Beliau berkata, pihaknya juga berharap ada jalan penyelesaian untuk membayar ganti rugi kepada petani yang menggunakan benih padi MR 219 yang disyorkan sebelum ini apabila padi terbabit diserang penyakit karah daun, karah tangkai dan rebah hingga menyebabkan hasil tuaian terjejas.

"Lebih memeritkan ada dalam kalangan petani yang terlibat mendakwa turut terkesan dan dihimpit masalah kenaikan harga racun sehinga melebihi 60 peratus yang didakwa membebankan mereka.

Artikel Berkaitan:

"Justeru, kita berharap kementerian berkaitan perlu mengambil langkah-langkah segera untuk mengatasi masalah ini,"ujarya.

Beliau menambah pihak kerajaan khususnya MADA juga diminta bertindak segera memberi kembali peruntukan kerja-kerja mencuci sungai, parit dan tali air kepada empat kali semusim berbanding dua kali semusim.