Covid-19: Malaysia catat 5,745 kes hari ini

Kadar positif jangkitan menurun kepada 3.77 peratus berbanding 6.25 peratus pada Isnin. Gambar hiasan
Kadar positif jangkitan menurun kepada 3.77 peratus berbanding 6.25 peratus pada Isnin. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kes baharu Covid-19 mencatatkan peningkatan pada Selasa dengan 5,745 kes berbanding 5,434 kes pada Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 adalah 2,401,866 kes.

Menurutnya, kadar positif jangkitan menurun kepada 3.77 peratus berbanding 6.25 peratus pada Isnin.

“Daripada 5,745 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 115 kes (2.0 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima manakala 5,630 kes (98.0 peratus) lagi melibatkan kategori satu dan dua,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, sebanyak lapan kluster baharu dikesan menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif 634.

Beliau berkata, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 682 kes manakala 331daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Kes sembuh pula pada hari ini sebanyak 8,933 kes menjadikan jumlah kumulatif kepada 2,287,888 kes bersamaan 95.3 peratus,” katanya.

Artikel Berkaitan: