Gempa susulan terus gegar Alaska

Pemandangan udara di sebatang jalan raya yang rosak susulan gempa bumi di Anchorage, Alaska pada Jumaat lalu. - Foto Reuters
Pemandangan udara di sebatang jalan raya yang rosak susulan gempa bumi di Anchorage, Alaska pada Jumaat lalu. - Foto Reuters
A
A
A

ANCHORAGE - ALASKA. Beberapa gempa susulan terus melanda kawasan kira-kira 13 kilometer di utara Anchorage, selepas gempa bumi berukuran 7.0 magnitud menggegar Alaska kelmarin.

Gempa susulan terbabit turut menjejaskan laluan trafik dan perkhidmatan telefon, namun setakat ini tiada kecederaan serius dilaporkan.

“Kami berusaha untuk memulihkan keadaan seperti sedia kala,” kata Datuk Bandar Anchorage, Ethan Berkowitz ketika sidang media semalam sambil memuji peraturan pembinaan bangunan yang ketat berjaya mengurangkan kerosakan dan mencegah daripada berlaku kecederaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Gempa bumi 7.0 landa bandar terbesar Alaska]

Setakat semalam, petugas pengangkutan negeri dan kontraktor telah berada di tempat kejadian dalam memastikan jalan yang ditutup dipulihkan semula secepat mungkin.

Sementara itu,pegawai daerah Anchorage memaklumkan, kerja penyelenggaraan dan pemulihan sedang dijalankan untuk memastikan semua bangunan sekolah selamat, dan semua sekolah dijadual dibuka semula pada Rabu depan.

Dalam pada itu, pakar seismologi Alaska, Mike West berkata, ketika usaha pembersihan dilakukan, gempa susulan terus menggegar Alaska. - Reuters

Artikel Berkaitan: