Othman Mustapha dinobat Tokoh Maulidur Rasul WP

Idris (kiri) menyampaikan Anugerah Tokoh Utama Maulidur Rasul kepada Othman (dua,kanan) pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan 1443H/2021M di Masjid Wilayah Persekutuan pada Selasa. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Lembaga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Datuk Othman Mustapha menerima Anugerah Tokoh Utama Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H pada Selasa.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi ciapannya di Twitter memaklumkan pemilihan dibuat oleh Jawatankuasa Panel Pemilihan Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H dengan mengambil kira sumbangan individu dan organisasi dalam bidang masing-masing ke arah memperkukuhkan syiar Islam di negara ini, khususnya di Wilayah Persekutuan.

Menurut ciapan tersebut, pemilihan tersebut turut berdasarkan sumbangan cemerlang terhadap pembangunan ummah dan perkembangan syiar Islam di Wilayah Persekutuan.

Tambahnya, pengumuman tersebut disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad.

“Setelah menimbang secara saksama, Jawatankuasa Panel Pemilihan Anugerah Tokoh Maulidur Rasul 1443H bersetuju untuk menganugerahkan Othman Mustapha yang juga mantan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H,” ciapnya di Twitter pada Selasa.

Turut menyaksikan pengumuman tersebut ialah Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Dr Mohd Daud Bakar; Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Haji Abdullah dan Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail.

Dalam pada itu, beberapa anugerah lain turut diberikan iaitu Anugerah Khas Individu kepada Pengarah Urusan Kumpulan Zikay Group Berhad, Datuk Mohd Khay Ibrahim; Anugerah Khas Organisasi bagi Kategori Masjid iaitu Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan dan Kategori Surau iaitu Surau Jumaat Al-Hikmah PPR Beringin.

Mohd Khay Ibrahim menerima Anugerah Khas Individu sempena Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H tahun ini.
Mohd Khay Ibrahim menerima Anugerah Khas Individu sempena Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, bagi kategori Sekolah Rendah Agama (SRA)/ Sekolah Integrasi Rendah Agama Jawi (SIRAJ) pula ialah SIRAJ Saidina Uthman bin Affan; Kategori Institut Pendidikan Islam Swasta (IPIS) iaitu Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi; Kategori Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Persekutuan Seruan Islam Selangor Dan Wilayah Persekutuan (Jam’iyah).

“Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan pula menerima Anugerah Khas Organisasi Kategori Masjid yang menjadi perintis program ‘community freezer’ yang menyediakan bekalan makanan basah seperti ikan, ayam serta daging kepada golongan terkesan dan memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Inisiatif tersebut sekali gus menyerlahkan fungsi masjid yang bukan semata-mata menjadi tempat beribadah tetapi juga memenuhi keperluan dan kebajikan ummah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, usahawan, tokoh korporat bumiputera dan pemilik Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur, Datuk Mohd Khay Ibrahim turut menerima Anugerah Khas Individu sempena Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H tahun ini.

Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan menerima Anugerah Khas Organisasi Kategori Masjid yang menjadi perintis program ‘community freezer’ bagi menyediakan bekalan makanan basah seperti ikan, ayam serta daging kepada golongan yang terkesan dan memerlukan sepanjang tempoh PKP.