England didenda RM484,719, beraksi tanpa penonton

FA dijatuhkan hukuman selepas kekecohan yang berlaku pada aksi final Euro 2020 di Wembley.
FA dijatuhkan hukuman selepas kekecohan yang berlaku pada aksi final Euro 2020 di Wembley.
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Inggeris (FA) menerima padah apabila didenda dan pasukan kebangsaan mereka terpaksa beraksi tanpa penonton susulan kekecohan yang tercetus ketika final Euro 2020 di Wembley.

Perkara itu diumumkan oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) berdasarkan insiden aksi final antara England dan Itali pada 11 Julai lalu.

UEFA telah membuka kertas siasatan mengenai insiden tersebut pada Ogos yang menyaksikan England bersalah dan didenda 100,000 euro (RM484,719) dan perlu bermain tanpa kehadiran penonton dalam perlawanan yang dianjurkan oleh UEFA.

FA mengakui kecewa dengan keputusan tersebut namun terpaksa akur selepas UEFA memberikan sebab menjatuhkan hukuman tersebut selepas kekurangan kawalan keselamatan dalam dan sekitar stadium serta akibat balingan objek.

"Walaupun kami kecewa dengan keputusan ini, kami akur dengan hasil keputusan UEFA. Kami mengutuk sikap buruk individu yang mencetus kekecohan di Wembley ketika final Euro 2020, dan kami kesal sebahagian daripada mereka berjaya memasuki stadium.

"Kami juga percaya perkara ini tidak seharusnya berlaku lagi, jadi kami telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk menangani kes seumpama ini.

"Kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dan menyokong mengambil tindakan terhadap mereka yang bersalah," katanya.

Larangan berkenaan akan dikenakan pada perlawanan pertama di laman sendiri Liga Negara-Negara UEFA 2022-23, manakala aksi kelayakan Piala Dunia menentang Albania bulan depan terselamat kerana ia anjuran FIFA.

Artikel Berkaitan: