X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 30 November 2021

Pochettino tak risau prestasi Messi

Messi masih belum berada pada prestasi terbaiknya bersama PSG.
A
A

PENGENDALI Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino yakin Lionel Messi akan kembali berada pada prestasi terbaiknya bersama pasukan gergasi Perancis itu.

Menurut Pochettino, dia yakin Messi akan menemui sentuhan selepas hanya mampu meledak satu gol bersama PSG ketika aksi Liga Juara-Juara menentang Manchester City pada September lalu.

"Leo akan kembali berada pada tahap terbaiknya. Dia seorang pemain yang hebat di Barcelona dan Argentina. Sudah tentu dia mampu tampil hebat di PSG.

"Dia berjaya menyesuaikan diri dengan baik di sini. Dia cukup pintar dan dengan cepat berjaya menguasai keadaan di peringkat tertinggi. Saya lihat sekarang dia lebih tenang dan lebih bersedia.

"Malah, pengalamannya di sini bersama kelab selama beberapa bulan membuatkan dia sangat gembira. Perkara itu melegakan kami kerana kami mahu dia berada di tahap terbaik.

"Kami sangat gembira dan kami menjangkakan semuanya akan seperti biasa dan Leo akan beraksi pada tahap yang diharapkan. Saya tidak ragu-ragu dengan keupayaannya," katanya.

Messi menyertai PSG pada jendela perpindahan musim panas lalu selepas Barcelona gagal menawarkan kontrak baharu selepas menghadapi masalah kewangan.

Namun, pemain berusia 34 tahun itu masih gagal menyinar bersama PSG dengan hanya mampu meledak satu gol daripada lima perlawanan dalam semua pertandingan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!