Nabi Muhammad model angkat ukhuwah insaniah

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

SHAH ALAM - Nabi Muhammad SAW adalah model dalam mengangkat ukhuwah insaniah atau persaudaraan kemanusiaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Baginda berusaha menghapuskan apa jua bentuk diskriminasi atas nama agama, bangsa, warna kulit mahupun keturunan.

"Ini menunjukkan Islam merupakan agama yang terbangun di atas prinsip memuliakan manusia atau takrim al-insan berdasarkan firman ALLAH SWT dalam Surah al-Isra’ ayat 70 yang bermaksud: 'Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam'.

"Ia juga selari dengan perlembagaan Persekutuan, antaranya Perkara 12 yang memberikan hak asasi untuk semua warganegara mendapat pendidikan tanpa sebarang diskriminasi sama ada atas alasan agama, keturunan atau tempat lahir," katanya dalam perutusan khas sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2021 yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan pada Selasa.

Ismail Sabri berkata, ALLAH SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul untuk menjadi suri teladan kepada seluruh umat manusia.

Beliau berkata, Baginda menjadi ketua negara atau khalifah pada ketika itu dan membina Madinah dengan menggariskan dasar serta polisi jelas untuk mencapai dan mengukuhkan kestabilan negara.

"Sahifah Madinah yang diperkenalkan Baginda untuk kestabilan politik telah diterima baik oleh seluruh penduduk Madinah pada waktu itu, tanpa mengira agama dan bangsa.

"Dasar dan polisi yang terkandung dalam Sahifah Madinah telah berjaya mewujudkan elemen kebersamaan, khususnya dalam mengatur hubungan antara masyarakat supaya hidup dalam keadaan saling menghormati, bertanggungjawab, seterusnya menyatupadukan seluruh masyarakat Madinah sebagai satu keluarga," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: