Kerajaan teladani inisiatif, strategi Nabi Muhammad SAW

Ismail Sabri ketika menyampaikan perutusan khas sempen Maulidur Rasul 2021 yang disiar stesen televisyen tempatan pada Selasa.
Ismail Sabri ketika menyampaikan perutusan khas sempen Maulidur Rasul 2021 yang disiar stesen televisyen tempatan pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan menjadikan inisiatif dan strategi yang dilaksanakan Nabi Muhammad SAW sebagai panduan dalam pentadbiran negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia dilakukan demi kemakmuran Keluarga Malaysia.

"Dengan kepercayaan bahawa Nabi Muhammad SAW merupakan suri teladan yang terbaik umat manusia, kerajaan telah dan akan meneladani inisiatif dan strategi yang dilaksanakan Rasulullah sebagai panduan dalam pentadbiran negara, demi kemakmuran Keluarga Malaysia.

"Untuk tujuan itu, pelbagai polisi, inisiatif dan insentif akan diperkenal dan dirancang oleh kerajaan demi memastikan tidak ada Keluarga Malaysia yang ketinggalan dalam merasai nikmat dan kemakmuran negara. ‘No one will be left behind’.

"Tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti membawa kita kepada norma hidup yang menekankan prinsip Dasar Manhaj Rabbani iaitu Rahmat, Aman, Bertuhan, Bakti, Adil, dan Insani.

"Kesemua nilai ini, selari dengan konsep Keluarga Malaysia yang menekankan mengenai tiga teras utama iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran, di samping 20 nilai lain seperti amalan ihsan, beriman, kasih sayang dan bermusyawarah," katanya dalam perutusan khas sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2021 yang disiar secara langsung di stesen televisyen tempatan pada Selasa.

Ismail Sabri berkata, kesemua nilai itu juga selari dengan konsep Keluarga Malaysia yang menekankan tiga teras utama iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.

Selain itu, katanya, terdapat 20 nilai lain seperti amalan ihsan, beriman, kasih sayang dan bermusyawarah.

Artikel Berkaitan:

"Tema ini juga selari dengan Dasar Perpaduan Negara berkonsepkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian yang mana perpaduan dan integrasi nasional telah lama diamalkan di negara ini termasuk dalam sambutan Maulidur Rasul," ujarnya.