Arsenal kembali terumbang ambing

Aubameyang terlebih dulu menghadirkan pendahuluan buat Arsenal dalam perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri di Emirates. FOTO: Premier League
Aubameyang terlebih dulu menghadirkan pendahuluan buat Arsenal dalam perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri di Emirates. FOTO: Premier League
A
A
A

ARSENAL kembali semula ke persembahan terumbang ambing saingan Liga Perdana Inggeris apabila sekadar melakar keputusan seri 2-2 ketika menerima kunjungan kelab setempat Crystal Palace di Stadium Emirates.

The Gunners kendalian Mikel Arteta terlebih dulu garang apabila mendahului menerusi bekas sensasi Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang pada minit kelapan.

The Eagles yang mendapat sentuhan bekas kapten berpengaruh Arsenal, Patrick Vieira berjaya menyamakan kedudukan hasil penyudah bertenaga bekas penyerang Liverpool, Christian Benteke minit ke-50.

Bagaikan mendapat motivasi baharu pelawat mengandakan asakan menyaksikan Odsonne Edouard yang pernah cemerlang bersama Celtic sebelum ini kemudian meletakkan pelawat di depan pada minit ke-78 sekali gus memberikan harapan tiga mata untuk anak buah Viera.

Namun Arsenal yang terkenal dengan semangat tidak tunduk mengalah bangkit menyamakan kedudukan menerusi pemain gantian yang mencipta nama bersama kelab Ligue 1, Alexandre Lacazette hasil ledakan minit ke-95.

"Pemain-pemain Arsenal mula bertahan selepas mendahului dan ini merupakan sikap yang diterjemahkan dalam bentuk keputusan hari ini.

"Pemain-pemain Arsenal sepatutnya mengekalkan corak menyerang dan penguasaan permainan dan bukan sebaliknya sehingga lawan berjaya menyamakan kedudukan babak kedua.

"Biarpun babak kedua pasukan semakin baik corak permainannya, namun inilah

Artikel Berkaitan:

keputusan yang perlu diterima pemain Arsenal apabila terlalu awal memberikan lawan gol mudah," ujar Arteta.

Keputusan seri itu menyaksikan Arsenal kini menduduki tangga ke-12 liga dengan 11 mata manakala Crystal Palace pula 14 dengan lapan mata selepas masing-masing mengharungi lapan perlawanan.