Gangguan bekalan air di 156 kawasan di Sepang, Kuala Langat

Sebanyak 145 kawasan di Sepang dan 11 lagi di Kuala Langat alami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah di Simpang 3 LBJ, Jalan B48, Kampung Chinchang, Salak Tinggi, Sepang. - Gambar hiasan
Sebanyak 145 kawasan di Sepang dan 11 lagi di Kuala Langat alami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah di Simpang 3 LBJ, Jalan B48, Kampung Chinchang, Salak Tinggi, Sepang. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 145 kawasan di Sepang dan 11 lagi di Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah di Simpang 3 LBJ, Jalan B48, Kampung Chinchang, Salak Tinggi, Sepang.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya telah menutup bekalan air pada 9 malam tadi bagi memastikan kerja-kerja pembaikan berjalan lancar.

Menurut Air Selangor, pihaknya akan menggerakkan lori-lori tangki ke kawasan terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Selain itu, pengguna turut dinasihatkan untuk mematuhi penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air dari lori tangki yang tiba.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat terkini di laman sesawang www.airselangor.com dan saluran komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram, selain pertanyaan dan aduan juga boleh disalurkan di talian 15300 atau Pusat Bantuan di aplikasi Air Selangor. - Bernama

Artikel Berkaitan: