X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Polis kenal pasti pemandu Naza Citra berhenti mengejut

Pemandu Mini Cooper S sempat menekan brek.
A
A

PETALING JAYA - Polis telah mengenal pasti pemandu kenderaan yang berhenti secara mengejut di persimpangan lampu isyarat di Persiaran Perdana Bandar Sri Damansara di sini pada 11 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 11.44 pagi itu melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kereta jenis Mini Cooper S dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Citra.

"Tiada sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku ke atas kedua-dua kenderaan itu.

"Kita telah merakam keterangan pemandu kereta Mini Cooper S, manakala pemandu Naza Citra akan datang memberikan keterangan dalam masa terdekat," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Mohamad Fakhrudin berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kita ingin mengingatkan serta memohon semua pengguna jalan raya agar tidak mengambil tindakan di luar batasan undang-undang yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri, keluarga dan pengguna jalan raya yang lain," katanya.

Pada Ahad tular rakaman video berdurasi 45 saat yang memaparkan sebuah kenderaan Naza Citra berhenti secara mengejut di persimpangan lampu isyarat, sebelum pemandu kereta Mini Cooper S sempat menekan brek dan hampir melanggar bahagian belakang MPV tersebut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!