Banjir Sarawak pulih, PPS ditutup

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Perpaduan Debak di Betong yang menempatkan 430 mangsa banjir daripada 93 keluarga ditutup sepenuhnya pukul 2.00 petang ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, dalam satu kenyataan, berkata kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Terdahulu, Pengerusi JPBN, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang juga Timbalan Ketua Menteri, mengadakan lawatan ke Dewan Perpaduan Debak bagi melihat sendiri keadaan mangsa banjir yang ditempatkan di situ.

Semalam, empat buah kampung di daerah kecil Debak iaitu Kampung Bungey, Kampung Babu Debak, Kampung Lalang dan Kampung Debak Laut dilanda banjir berikutan kawasannya yang rendah dan berada di tepi Sungai Rimbas.

Paras air sungai berkenaan meningkat berikutan hujan lebat pada malam semalam.- Bernama

Artikel Berkaitan: