X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

Permintaan rumah mampu milik di Pahang sangat tinggi

Wan Rosdy ketika temu bual secara langsung dalam segmen Bicara Tokwan pada Isnin.
A
A

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang mengakui permintaan rakyat di negeri ini terhadap rumah mampu milik sangat tinggi berbanding jumlah yang disediakan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia berdasarkan maklum balas yang diterima daripada rakyat di negeri ini berhubung permintaan rumah mampu milik.

Beliau sehubungan itu berkata, kerajaan negeri melalui beberapa inisiatif akan memastikan keperluan rumah dapat dipenuhi khususnya golongan berpendapatan rendah.

“Kita akan cari jalan penyelesaian terhadap masalah rumah ini. Bantuan perumahan percuma (Rumah Rakyat Pahang) ini tidak akan mati setakat itu sahaja.

"Kalau kewangan mengizinkan, kita akan menambah bilangannya kerana ramai lagi yang memerlukan rumah ini," katanya ketika temu bual secara langsung dalam segmen Bicara Tokwan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) di sini pada Isnin.

Program berkenaan dihoskan oleh Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Datuk Abd Rahim Muda yang turut memberi penjelasan berkenaan projek-projek perumahan di negeri ini.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, setakat ini kerajaan negeri sudah menyediakan Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) Pahang pada harga RM150,000 sebuah.

Bagaimanapun, katanya, masih ada ada rakyat yang tidak mampu untuk membelinya.

"Jadi, Pahang memperkenalkan inisiatif iaitu Projek Rumah Makmur dengan harga RM80,000. Projek ini (Rumah Makmur) sebagai penambahbaikan kepada program PR1MA Pahang.

"Selepas itu, kita mendapati masih ramai lagi yang tak mampu memiliki rumah Rumah Makmur sehingga tercetusnya idea projek Rumah Rakyat Pahang (RRP) yang diberikan secara percuma,” jelas beliau.

Berikutan itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri sedia memberi peruntukan tambahan bagi menyediakan perumahan kepada rakyat Pahang.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!