Indonesia tamat operasi SAR mangsa runtuhan lombong emas

Pasukan penyelamat mengangkat beg mayat mangsa runtuhan lombong emas haram di Bolaang Mongondow di Sulawesi Utara.
Pasukan penyelamat mengangkat beg mayat mangsa runtuhan lombong emas haram di Bolaang Mongondow di Sulawesi Utara.
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA. Indonesia menamatkan operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian lombong emas runtuh di wilayah Sulawesi Utara hari ini, dengan angka kematian meningkat kepada 27 orang.

Pasukan penyelamat berdepan risiko tanah runtuh ekoran keadaan tanah yang tidak stabil di kawasan itu.

"Operasi SAR terpaksa dihentikan kerana risiko tanah runtuh yang mungkin membahayakan nyawa penyelamat," kata pegawai agensi pengurangan bencana tempatan, Abdul Muin Paputungan.

Seramai 18 lagi mangsa ditemui selamat oleh pasukan penyelamat.

Malapetaka pada 26 Februari itu berlaku di lombong emas tidak berlesen dengan jumlah mangsa terperangkap masih tidak dapat dipastikan.

Kerajaan pusat mengharamkan perlombongan emas berskala kecil, walaupun pihak berkuasa wilayah kerap membiarkan amalan itu di kawasan terpencil. - AFP

Artikel Berkaitan: