Hujan lebat, banjir di Vietnam korbankan tiga nyawa

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

HANOI - Tiga terbunuh, empat cedera dan seorang hilang dalam kejadian hujan lebat di wilayah utara dan tengah Vietnam pada Ahad, menurut pejabat Jawatankuasa Pemandu untuk Kawalan dan Pencegahan Bencana Alam.

Tanah runtuh yang dicetuskan hujan lebat itu menyebabkan beberapa batang jalan raya dan jambatan rosak, gangguan lalu lintas dan sebahagian penduduk terputus hubungan, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Tujuh bandar dan daerah di Quang Binh menghadapi risiko tanah runtuh dan 1,903 penduduk tempatan perlu dipindahkan.

Hujan lebat itu juga menyebabkan gangguan bekalan elektrik dan banjir di wilayah Thua Thien-Hue. - Bernama

Artikel Berkaitan: