JAS kesan kebakaran terbuka di kebun sawit terbiar

JAS Cawangan Sepang menyiasat lokasi kebakaran di Jalan Sijangkang Utama, di sini berdasarkan aduan yang diterima daripada pihak JBPM Selangor.
JAS Cawangan Sepang menyiasat lokasi kebakaran di Jalan Sijangkang Utama, di sini berdasarkan aduan yang diterima daripada pihak JBPM Selangor.
A
A
A

KUALA LANGAT - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Sepang mengesan aktiviti pembakaran terbuka di sebuah kawasan kebun sawit terbiar di Jalan Sijangkang Utama, Jalan Kebun Baru di sini pada Ahad.

JAS menerusi satu hantaran di Facebook berkata, pihaknya menjalankan siasatan di kawasan tersebut setelah mendapat aduan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika menjalankan rondaan di beberapa lokasi sekitar daerah tersebut.

Menurut hantaran tersebut, siasatan mendapati lokasi aduan adalah kawasan kebun sawit terbiar yang sedang dibersihkan untuk tanaman semula sawit dan pemilik tanah akan disiasat oleh JAS Cawangan Sepang.

"JAS Selangor berharap orang ramai dapat melaporkan kes-kes pencemaran kepada JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di eaduan@doe.gov.my.

"Orang ramai juga boleh melaporkan kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka kepada JBPM di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan sistem pesanan ringkas (SMS) pada talian 03-88880964," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad.

Artikel Berkaitan: