X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Sultan Selangor terima menghadap Menteri Kesihatan

Sultan Sharafuddin (tengah) mendengar taklimat perkembangan terkini Covid-19 daripada Khairy (kiri) dalam pertemuan di Istana Bukit Kayangan pada Isnin.
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Istana Bukit Kayangan pada Isnin.

Menerusi kenyataan di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin turut berkenan mendengar taklimat mengenai perkembangan terkini penularan wabak Covid-19 khususnya di Selangor.

"Baginda sukacita apabila dimaklumkan bahawa peratusan rakyat Selangor yang telah divaksin sepenuhnya kini mencecah 85 peratus.

" YB (Yang Berhormat) Khairy turut menyampaikan laporan terkini mengenai isu antivaksin dan tindakan yang sedang diambil oleh pihak kementerian, " menurut kenyataan itu pada Isnin.

Turut berangkat pada pertemuan itu, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Tambah kenyataan itu, dalam pertemuan sama, baginda dan Khairy turut membincangkan mengenai pentingnya penambahan fasiliti geriatrik di hospital bagi menampung peningkatan populasi warga emas.

"Baginda turut menyarankan agar tumpuan dan pelan jangka pendek diberikan kepada penyediaan perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental yang berkualiti dan lebih meluas khususnya di Negeri Selangor," kata kenyataan itu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!