X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

MAFI bantu usahawan tempatan terokai pasaran Timur Tengah

Nik Muhammad Zawawi (kiri) bersama Tuan Mohd Saripudin (dua dari kiri) dan Asharuddin (dua dari kanan) menunjukkan produk Akifcafe yang akan dieksport ke Timur Tengah semasa majlis 'Flag Off' di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kota Bharu pada Isnin.
A
A

KOTA BHARU - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sedia membantu usahawan tempatan yang mengeluarkan produk halal menerokai pasaran negara Timur Tengah.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, mereka boleh bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Menurut beliau, masyarakat di Timur Tengah amat menitik beratkan soal halal dan kelulusan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga diyakini oleh masyarakat di negara berkenaan.

"Ini merupakan peluang terbaik untuk usahawan tempatan memasarkan produk keluaran mereka dengan bantuan FAMA dan mendapat kelulusan Halal Jakim," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh sebelum itu menyempurnakan 'Flag Off' Pengeksportan Produk Akifcafe ke Timur Tengah di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sini pada Isnin.

Hadir sama Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Kelantan, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail dan pemilik produk Akifcafe, Asharuddin Arifin.

Katanya, usahawan tempatan perlu lebih berani meneroka pasaran antarabangsa dengan memenuhi beberapa garis panduan yang diitetapkan

"Mereka perlu mempunyai kilang bertaraf Amalan Pengurusan Baik (GMP) supaya lebih berdaya saing di pentas itu nanti," katanya.

Akifcafe merupakan produk keluaran tempatan yang ditubuhkan secara rasmi pada 2011 dan sebanyak 23 produk berasaskan kopi pracampuran dikeluarkan oleh syarikat berkenaan yang kini sudah menembusi pasaran China, Hong Kong dan Thailand.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!