Pesara kerajaan diingatkan waspada penipuan dalam talian

Aminuddin (tiga dari kiri) beramah mesra dengan para pesara pada Majlis Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2020 di Klana Resort, hari ini. Foto Bernama
Aminuddin (tiga dari kiri) beramah mesra dengan para pesara pada Majlis Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2020 di Klana Resort, hari ini. Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMASKINI] Pesara kerajaan diminta sentiasa berhati-hati selepas menerima wang persaraan bagi mengelakkan daripada ditipu dengan pelaburan dan perkongsian perniagaan tidak wujud, kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata, berdasarkan data yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2019 hingga 2020, sebanyak 2,464 kes penipuan direkodkan melibatkan 888 kes pinjaman tidak wujud, pembelian dalam talian (861), Love Scam (236) dan Macau Scam (479).

"Jumlah ini amat membimbangkan kerana berlaku peningkatan, jadi perlu diingatkan supaya jangan menipu dan jangan biarkan diri kita mudah ditipu," katanya berucap pada Majlis Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan di sini pada Isnin yang melibatkan 107 pesara.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr Razali Abdul Malik.

Beliau berkata, beberapa usaha telah dilakukan bagi menangani penipuan itu, antaranya sebaran kesedaran melalui media sosial dan media massa agar rakyat tidak mudah terpengaruh dengan tawaran yang diberikan oleh pihak ketiga.

"Golongan pesara khususnya di negeri ini perlu berwaspada dengan taktik penipu yang berleluasa.

“Kerajaan negeri mengingatkan seluruh rakyat supaya sebarang urusan melibatkan transaksi secara dalam talian perlu mendapatkan kepastian dengan pihak yang bertanggungjawab terutamanya bank," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: