X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 22 Januari 2022

Sajat kembali beraksi, muat naik video ringkas di Instagram

Nur Sajat kembali 'beraksi' di media sosial apabila memuat naik entri di Instagram miliknya. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat kembali 'beraksi' di media sosial apabila memuat naik entri di Instagram miliknya.

Menerusi satu video ringkas, Sajat turut meminta pandangan pengikutnya sama ada perlu atau tidak untuk dia bersiaran langsung di media sosial.

Sajat turut bertanyakan kepada pengikutnya di media sosial sama ada mereka merindui dirinya atau tidak.

"Rindu tak? Tak baik cakap macam itu. Tak rindu kita ke? Sekejap lagi kita nak buat live, rindu sangat," katanya di pautan Instagramnya itu/

Sajat turut mengatakan merasa 'sepi' disebabkan fokus berkenaan pembukaan kedai di lokasi berkenaan.

"Tak sabar rasanya nak membuka perniagaan baharu di tempat baru. Gembiralah, kita nak cakap tentang perniagaan sahaja. Kan? Lagi bagus," ujarnya.

Sebelum ini, Sajat dilapor berada di Thailand selepas dipercayai 'diseludup' oleh seorang lelaki ke Negeri Gajah Putih itu.

Dia kemudian ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu kerana miliki pasport yang dipercayai tidak sah. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!