Jurukimpal didakwa rogol remaja OKU lembam

Mohd Zul Amri (tengah) dikawal polis keluar dari bilik Mahkamah Kota Bharu selepas didakwa merogol remaja orang kurang upaya (OKU) lembam pada Jun tahun lalu.
Mohd Zul Amri (tengah) dikawal polis keluar dari bilik Mahkamah Kota Bharu selepas didakwa merogol remaja orang kurang upaya (OKU) lembam pada Jun tahun lalu.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang jurukimpal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan merogol seorang remaja orang kurang upaya (OKU) lembam pada Jun tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Zul Amri Mohamed, 30, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang remaja berusia 18 tahun di sebuah rumah di Gunong, Bachok pada jam 4.45 petang, 27 Jun tahun lalu.

Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fariz Abdul Hamid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ahmad Fariz tidak menawarkan jaminan kerana tuduhan serius yang dihadapi tertuduh.

“Polis mengalami kesukaran untuk menangkap tertuduh dan jika diberi jaminan mungkin sukar untuk menahannya semula,” katanya.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan 23 November depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan: