X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

'Saya harus tegas dalam isu ini' - Khairy

Tangkap layar Twitter Khairy Jamaludin
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin Abu Bakar akan tetap bertegas kepada golongan yang enggan divaksin Covid-19.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus sentiasa memberikan kesedaran dan penerangan tentang keberkesanan Covid-19.

“Nak kata kerajaan tidak cukup bagi penerangan tentang vaksin tidak betul. Kita dah kemukakan segala bukti saintifik tentang keberkesanan vaksin Covid-19 dari awal lagi dan kita terus memberi penerangan.

“Saya minta maaf saya terpaksa bertegas dalam isu ini. Panggilah saya dajal atau apa sekalipun,” ciapnya di halaman Twitter miliknya pada Isnin.

Beliau berkata demikian membidas kembali kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad.

Anwar berkata bahawa dia tidak setuju dengan Khairy yang mengambil pendekatan 'paksaan' terhadap rakyat Malaysia yang enggan menerima vaksin.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata bahawa kerajaan sepatutnya memberi kesedaran kepada mereka mengenai keperluan menerima vaksin.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!