5,434 kes baharu Covid-19

Kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan hari ini iaitu 5,434.
Kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan hari ini iaitu 5,434.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 5,434 kes baharu positif Covid-19 pada Isnin.

Angka itu merupakan yang terendah sejak lebih tiga bulan lalu, iaitu 5,218 kes pada 28 Jun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 97.2 peratus atau 5,283 kes adalah kategori satu dan dua.

"Sebanyak 151 kes atau 2.8 peratus lagi adalah kategori tiga hingga lima," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, jangkitan baharu kes positif Covid-19 yang dilaporkan itu menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 2,396,121.

Mengulas lanjut katanya, sebanyak 682 kes dirawat di unit rawatan rapi manakala 357 pesakit lagi memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, terdapat 8,435 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhannya 2,278,955 kes.

"Sebanyak 15 kluster baharu dikenal pasti KKM membabitkan sembilan daripadanya kluster tempat kerja.

Artikel Berkaitan:

"Dua kluster komuniti, dua kluster pendidikan dan masing-masing satu kluster keagamaan serta kumpulan berisiko tinggi turut dikesan," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, jumlah keseluruhan kluster adalah 5,687 dengan 5,031 daripadanya telah diisytiharkan tamat.

"Hanya 656 kluster masih aktif," katanya.