Gambaran ketakutan Guan Eng, kata Hadi

Abdul Hadi (dua kiri) ketika sidang media selepas menyampaikan kuliah bulanan di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.
Abdul Hadi (dua kiri) ketika sidang media selepas menyampaikan kuliah bulanan di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa UMNO dan Pas mengisytiharkan 'perang' kepada bukan Melayu ekoran rasa takut terhadap penyatuan umat Islam dan parti Melayu.

Menurutnya, kenyataan tu memberi gambaran jelas apa yang dirasai pemimpin itu susulan jalinan kerjasama rasmi yang telah berlaku antara dua parti itu.

"Itu ketakutan dia terhadap apa yang berlaku kepada orang Melayu. Dia tak boleh guna orang Melayu untuk kepentingan politik dia.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Jika ada maruah, Guan Eng perlu letak jawatan'

"Pada kita, kita tak abaikan kaum lain. Kita menerima konsep Jus soli (hak untuk kawasan) pendatang dibawa oleh British. Kita terima hakikat ini.

"Sepatutnya kaum lain hargai toleransi orang Islam yang menerima mereka menjadi rakyat. Ada hak beragama, hak berbahasa, sepatutnya mereka kenang budi. Tapi nak mintak lebih lagi. Ini tak patut," katanya pada sidang media selepas kuliah bulanan di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan Guan Eng menyifatkan kerjasama UMNO dan Pas sebagai 'pengisytiharan perang' ke atas masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam di negara ini.

Bagaimanapun, istilah yang digunakan itu dipadam dan digantikan kepada 'menyasarkan'.

Artikel Berkaitan:

Dakwaan Guan Eng dibuat susulan kenyataan jalinan kerjasama rasmi dibuat oleh kepimpinan UMNO dan Pas, Selasa lalu.