X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 26 Januari 2022

PRN Melaka: SPR akan perkenal SOP elak sesak ketika mengundi

Abdul Ghani ketika sidang akhbar PRN Melaka ke-15 di Banda Hilir, Melaka pada Isnin.
A
A

MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) dan kaedah pengundian bagi mengelakkan kesesakan di pusat mengundi ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November depan.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, SPR sedang berbincang dan akan memutuskan pandangan pelbagai pihak termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum satu garis panduan diperkenalkan.

"Perkara ini masih di peringkat rundingan. Hari ini kita adakan mesyuarat khas berkenaan SOP berkenaan," katanya ketika sidang akhbar PRN Melaka Ke-15 di Banda Hilir di sini pada Isnin.

Abdul Ghani berkata, SPR menyasarkan kira-kira 70 peratus daripada 495,196 pengundi yang layak akan keluar mengundi pada 20 November ini.

Abdul Ghani (tengah) selepas sidang akhbar PRN Melaka ke-15 di Banda Hilir, Melaka pada Isnin.
Abdul Ghani (tengah) selepas sidang akhbar PRN Melaka ke-15 di Banda Hilir, Melaka pada Isnin.

Beliau bagaimanapun berkata, sasaran itu rendah jika dibandingkan jumlah biasa pada pilihan raya sebelum ini kerana mengambil kira situasi pandemik Covid-19.

"Kalau boleh kita mahu sasaran yang positif, tetapi memandangkan faktor Covid-19, sasaran itu agak rendah. Selalunya kita menetapkan 80 peratus akan keluar mengundi," kata beliau.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu selepas empat wakil rakyat termasuk bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Ini merupakan kali pertama sebuah negeri di Semenanjung Malaysia mengadakan PRN secara berasingan dan bukan pada Pilihan Raya Umum (PRU).


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!