Sungai Remuk tercemar: LUAS sedang buat semakan

Keratan laporan Sinar Harian pada Ahad.
Keratan laporan Sinar Harian pada Ahad.
A
A
A

HULU SELANGOR - Kerajaan negeri Selangor mengambil maklum berhubung aduan pencemaran di Sungai Remuk di sini.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang membuat semakan mengenai perkara tersebut.

"LUAS sedang buat semakan dan laporan berkaitan akan dikemukakan nanti," katanya ringkas menerusi balasan mesej kepada Sinar Harian menerusi WhatsApp pada Isnin.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan gesaan Pertubuhan Kebajikan Warga Desa Hulu Selangor meminta kerajaan negeri menyiasat punca sebenar pencemaran yang berlaku di sungai berkenaan.

Ahli jawatankuasa pertubuhan terbabit, Amir Fairizat Sayuti berkata, masalah itu bertambah teruk setiap kali hujan lebat menyebabkan air sungai bertukar keruh.

Ketika ditanya kemungkinan pencemaran itu disebabkan pembangunan chalet di kawasan berkenaan, Loy Sian berkata, beliau perlu menunggu siasatan dijalankan terlebih dahulu bagi mengesahkan aduan tersebut.

Tambah beliau, aduan pencemaran di kawasan tersebut adalah kes baharu dan tiada laporan dibuat berhubung kejadian sebelum ini.

Artikel Berkaitan: