PPV: MEDAC sasar 120 syarikat vendor didaftarkan

Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar menyerahkan memorandum persefahaman kepada Ketua Pegawai Eksekutif Karangkraf Medicare Sdn. Bhd, Azizi Fickry pada majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU), Pelaksanaan Program Pembangunan Vendor. - Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar menyerahkan memorandum persefahaman kepada Ketua Pegawai Eksekutif Karangkraf Medicare Sdn. Bhd, Azizi Fickry pada majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU), Pelaksanaan Program Pembangunan Vendor. - Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyasarkan sebanyak 120 syarikat vendor didaftarkan di bawah enam syarikat peneraju baharu bagi Program Pembangunan Vendor (PPV).

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, sasaran itu bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

"Enam syarikat peneraju tersebut ialah Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Aerodyne Group Sdn Bhd, Sime Darby Berhad, UEM Sunrise Berhad dan Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA)," katanya.

Menurutnya, sehingga tahun 2021, sebanyak 24 syarikat pemaju yang menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan kerajaan bagi melaksanakan PPV tersebut.

"Di bawah syarikat-syarikat peneraju ini, sebanyak 1,200 syarikat vendor bumiputera telah didaftarkan dan berpeluang untuk menikmati inisiatif disediakan," katanya ketika sidang akhbar sempena majlis pertukaran MoU pelaksanaan PPV di sini pada Isnin.

Noh berkata, PPV di bawah kementeriannya merangkumi dua program utama iaitu Pembangunan Kapasiti dan Keupayaan Vendor (PPKV) dan Geran Inovasi dan Pengkormesialan Vendor (GIPV).

"Ia bertujuan untuk memperkasakan kapasiti dan keupayaan syarikat vendor dalam membekalkan produk serta perkhidmatan bermutu tinggi," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 951 syarikat vendor telah menerima bimbingan dan latihan PPKV, manakala 39 syarikat vendor menerima GIPV.

Artikel Berkaitan:

"Peruntukan keseluruhan bagi program tersebut ialah RM61 juta di bawah RMK11," jelas beliau.

Sementara itu, bagi mewujudkan lebih banyak peluang kepada rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19, Noh mengajak syarikat peneraju bersama-sama MEDAC untuk membangunkan program bersesuaian.

"Saya juga ingin menyeru syarikat vendor agar meningkatkan prestasi dan keupayaan masing-masing.

"Dalam keadaan mencabar ini, kita perlu mempunyai daya tahan yang tinggi, kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa serta berfikiran kreatif dan inovatif," katanya.