'Kami perlu menang'

Guardiola
Guardiola
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menegaskan pasukannya perlu melakar kemenangan ke atas Club Brugge pada Rabu untuk terus memberikan cabaran dalam saingan kumpulan A Liga Juara-Juara.

Menurut Guardiola, dia mengakui tekanan dalam kumpulan tersebut selepas berada di kedudukan ketiga di belakang pendahulu kumpulan Paris Saint Germain dan Brugge.

"Saya sukakan tekanan dan saya tahu apa yang perlu dibuat. Kami perlu menang dan kami mengetahuinya.

"Itulah yang kami perlu lakukan kerana kami hidup setiap masa dalam lingkungan ini. Kami tidak mempunyai masa yang cukup.

"Kami perlu pulih mental dan fizikal untuk bersedia menentang Brugge," katanya.

Dalam masa sama, Guardiola turut mengharapkan dua pemain utamanya iaitu Gabriel Jesus dan Ederson dapat diturunkan dalam aksi menentang Brugge itu nanti.

Kedua-dua pemain itu terlepas aksi Liga Perdana Inggeris dalam kemenangan 2-0 ke atas Burnley selepas tidak sempat pulang ketika mewakili pasukan Brazil menentang Uruguay dalam aksi kelayakan Piala Dunia pada Jumaat.

"Jesus dan Ederson akan terus ke Belgium untuk bersama pasukan dalam aksi Liga Juara-Juara. Mereka berdua mengatakan kepada saya bahawa mereka boleh bermain.

Artikel Berkaitan:

"Namun, saya perlu melihat terlebih dahulu situasi mereka dalam sesi latihan. Saya mahu mereka terus ke Belgium kerana jika mereka kembali ke England, mereka perlu kuarantin selama 10 hari.

"Kami tidak mahu ia berlaku dalam keadaan sekarang kami memerlukan ramai pemain untuk mengharungi jadual padat," katanya.