17 nelayan terselamat, bot hampir karam

Bot nelayan tempatan tenggelam selepas kesemua krew diselamatkan Maritim Malaysia Zon Kemaman, petang Ahad. Foto: Ihsan Maritim Malaysia Zon Kemaman
Bot nelayan tempatan tenggelam selepas kesemua krew diselamatkan Maritim Malaysia Zon Kemaman, petang Ahad. Foto: Ihsan Maritim Malaysia Zon Kemaman
A
A
A

KEMAMAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kemaman berjaya menyelamatkan sebuah bot yang dinaiki 17 nelayan tempatan daripada karam di muara Kuala Kemaman di sini pada petang Ahad.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abdul Rashid berkata, pihaknya menerima aduan orang awam kira-kira jam 5.15 petang yang memaklumkan terdapat sebuah bot nelayan tempatan hampir karam.

Menurutnya, sebuah Bot Penggalang 16 digerakkan ke lokasi bagi menyelamatkan bot berkenaan yang dinaiki 17 nelayan tempatan berusia antara 17 hingga 51 tahun.

"Hasil siasatan awal mendapati bot itu mengalami kebocoran dan hampir karam selepas terlanggar sesuatu di laut," katanya.

Hazrul
Hazrul

Sementara itu, saksi kejadian Hazrul Haziq, 30, berkata, semasa kejadian dia bersama isteri dan seorang anak sedang berehat di tepi pantai iaitu kira-kira 300 meter jarak dari lokasi bot tersebut.

"Memang ketika itu, saya nampak sangat jelas kedudukan bot tersebut hampir tenggelam. Tanpa berlengah saya segera menghubungi pihak Maritim Malaysia untuk mendapatkan bantuan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Artikel Berkaitan: