X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

Nuno puji kebangkitan Spurs

Spurs melakukan kebangkitan untuk menewaskan Newcastle United 3-2.
A
A

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Nuno Espirito Santo memuji persembahan para pemainnya yang melakukan kebangkitan untuk menewaskan Newcastle united 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di St James Park pada Ahad.

Menurut Nuno, dia mengakui pasukannya tidak bermula dengan baik dan membenarkan pasukan lawan menguasai perlawanan terutama pada awal separuh masa pertama.

"Kami tidak bermula dengan baik dan kami juga telah menjangkakan permainan agresif Newcastle. Kami tahu kami tidak perlu memikirkan mengenai kritikan dan melakukan kerja kami.

"Memang kami tidak bermula dengan baik tetap kami melakukan kerja yang bagus dengan kebangkitan luar biasa. Saya sangat berbangga dengan mereka.

"Saya mahu menang dengan jaringan besar begitu juga dengan pemain, tetapi Newcastle adalah sebuah pasukan yang bagus dan dengan pertahanan yang berkualiti.

"Sekarang kami perlu fokus kepada Liga Konferensi Europa pada Jumaat. Bermain banyak perlawanan di tempat lawan dengan jarak yang jauh memerlukan banyak pengorbanan," katanya.

Dalam perlawanan itu, Callum Wilson terlebih dahulu meletakkan Newcastle di hadapan seawal minit kedua sebelum disamakan Tanguy Ndombele pada minit ke-17 disusuli gol kedua Spurs daripada Harry Kane pada minit ke-22.

Son Heung Min menambah derita Newcastle dengan gol ketiga pada masa kecederaan babak pertama.

Newcastle berpeluang untuk bangkit selepas pertahanan Spurs, Eric Dier menjaringkan gol sendiri namun pasukan tuan rumah buntu untuk mencari gol penyamaan.

Dalam pada itu, Nuno turut gembira selepas Kane kembali menemui jaringan dan menyifatkan ia perkembangan positif kepada kelab tersebut.

"Ia petanda yang bagus untuk Harry dan juga untuk kami. Apa yang telah dia lakukan kepada pasukan adalah sangat besar lebih daripada jaringan yang dilakukannya itu," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!