Lelaki melecur rumah terbakar

Anggota bomba memeriksa lokasi kejadian di Jalan Karunmas 5, Taman Desa Karunmas pada pagi Isnin.
Anggota bomba memeriksa lokasi kejadian di Jalan Karunmas 5, Taman Desa Karunmas pada pagi Isnin.
A
A
A

KAJANG - Seorang lelaki mengalami sesak nafas dan melecur di bahagian kaki selepas kediaman dua tingkat di Jalan Karunmas 5, Taman Desa Karunmas yang didiaminya di sini terbakar pada pagi Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.23 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 4.32 pagi.

Menurutnya, ketika diselamatkan mangsa yang mengalami sesak serta melecur lima peratus di bahagian kaki berada di bilik tidur tingkat satu.

"Terdapat seorang lagi mangsa, namun dia berjaya menyelamatkan diri sebelum ketibaan pihak bomba.

"Api dipadam sebelum bomba tiba di lokasi dan kebakaran hanya melibatkan 20 peratus di bahagian ruang tamu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 50-an kemudiannya diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan: