MKT UMNO belum buat ketetapan mengenai kerjasama dengan PN

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO belum membuat ketetapan mengenai kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya memaklumkan perbincangan masih dilakukan.

"Saya (ingin) tegaskan parti belum ada-apa apa keputusan (mengenai kerjasama dengan PN) kerana perbincangan demi perbincangan sedang berjalan.

"Perbincangan (boleh dikatakan) masih lagi dalam separa matang atau maknanya masih belum ada keputusan lagi.

"Tentunya pendirian parti akan dibuat secara holistik antara pandangan MKT yang ketuai presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan tentunya presiden mengambil kita pandangan biro politik, pengurusan parti dan juga pandangan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) sendiri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin bahawa PN akan menggunakan strategi sendiri sekiranya UMNO masih enggan bekerjasama untuk menghadapi PRN Melaka.

Mengulas lanjut, Fathul Bari berkata, ketetapan belum belum dibuat sehingga kini kerana banyak pertimbangan yang perlu dibuat.

"Banyak faktor yang sedang kita pertimbangkan, banyak modul yang dicadangkan. Saya tidak mahu memikirkan daripada parti tapi saya lihat daripada media sosial," katanya.

Artikel Berkaitan: