Indonesia akhiri penantian julang Piala Thomas

Jonatan Christie watak utama di final Piala Thomas. -Foto: AFP
Jonatan Christie watak utama di final Piala Thomas. -Foto: AFP
A
A
A

[DIKEMAS KINI] JUARA 13 kali Indonesia mengakhiri kemarau kejuaraan Piala Thomas sejak 2002 apabila menewaskan juara bertahan China 3-0 dalam perlawanan akhir di Ceres Arena, Aarhus, Denmark malam ini.

Pemain perseorangan kedua Indonesia, Jonatan Christie mengesahkan kemenangan skuad Garuda itu setelah diheret ke set penentuan sebelum menjinakkan Li Shi Feng, 21-14, 18-21, 21-14 dalam pertarungan 1 jam 22 minit.

Indonesia sebelum itu selesa mendahului 2-0 apabila beregu nombor tujuh dunia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto tidak berdepan masalah menundukkan cabaran He Ji Ting-Zhou Hao Dong, 21-12, 21-19.

Pemain perseorangan pertama, Anthony Sinisuka Ginting terlebih dulu meletakkan skuad merah putih itu di depan dalam aksi 1 jam 17 minit apabila bangkit penuh bergaya kekalahan set pertama untuk menewaskan Lu Guang Zu, 18-21, 21-14, 21-16.

Untuk rekod, China sebelum ini merupakan juara edisi Bangkok 2018 setelah menewaskan Jepun 3-1 manakala Indonesia pula merupakan juara edisi Guangzhou 2002 selepas menjinakkan Malaysia 3-2.

Artikel Berkaitan: