X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Covid-19: Rundingan masukkan Malaysia senarai negara risiko rendah

Rundingan akan diadakan untuk memasukkan Malaysia dalam senarai negara berisiko rendah bagi membolehkan pelawat yang lengkap vaksin Covid-19 dikecualikan menjalani kuarantin wajib 14 hari ketika memasuki Thailand.
A
A

BANGKOK - Rundingan akan diadakan untuk memasukkan Malaysia dalam senarai negara berisiko rendah bagi membolehkan pelawat yang lengkap vaksin Covid-19 dikecualikan menjalani kuarantin wajib 14 hari ketika memasuki Thailand.

Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel berkata, Thailand merancang menamatkan kuarantin kepada pelawat lengkap divaksin dari negara berisiko rendah yang menggunakan perkhidmatan udara mulai 1 November, memandangkan situasi Covid-19 di negara itu semakin baik.

Namun, Malaysia tidak termasuk dalam senarai itu.

"Jumlah kes di Malaysia sudah menunjukkan penurunan kerana kadar vaksinasi yang tinggi. Sehingga kini, terdapat lebih 90 peratus populasi dewasa di Malaysia telah lengkap divaksin.

“Oleh itu, kita sedang dalam perbincangan dan lihat bagaimana Malaysia boleh dimasukkan dalam senarai berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini.

Terdahulu, Jojie menghadiri sesi kecergasan dengan rakyat Malaysia di Bangkok, pegawai kedutaan dan ahli keluarga mereka sempena Hari Sukan Negara pada 9 Oktober.

Minggu lepas, Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha mengumumkan pelawat yang lengkap vaksin Covid-19 dari sekurang-kurangnya 10 negara berisiko rendah, yang tiba melalui perkhidmatan udara dikecualikan daripada menjalani kuarantin, mulai 1 November.

Negara berisiko rendah itu termasuk United Kingdom, Singapura, Jerman, China dan Amerika Syarikat.

Setakat ini, Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) belum memuktamadkan senarai berkenaan.

Namun, media tempatan melaporkan terdapat lebih 10 negara termasuk dalam senarai itu. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!