Guan Eng harap keputusan ECRL selesai tak lama lagi

Lim Guan Eng - Foto Bernama
Lim Guan Eng - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyuarakan harapannya bahawa keputusan mengenai projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dimuktamadkan tidak lama lagi selepas kerajaan China menawarkan pengurangan kos projek berkenaan.

“Saya rasa Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) sudah menyebut bahawaterdapat pengurangan harga, dan kami masih dalam perbincangan dan berharap rundingan ini boleh dijalankan segera, dan berharap bertepatan lawatan Tun Mahathir ke China pada April,” katanya selepas melancarkan Dana Transformasi Pendigitalan Industri di sini hari ini.

Projek ECRL menelan belanja yang besar, sebanyak RM55 bilion, dan perdana menteri sebelum ini mengumumkan projek itu boleh dijalankan pada kos RM35 bilion.

Kerajaan telah membayar RM200 juta faedah kepada kontraktor utama ECRL, dengan pembayaran faedah berasaskan pinjaman RM55 bilion yang diambil daripada China Communications Construction Company (CCCC) sebagai kontraktor utama ECRL. - Bernama

Artikel Berkaitan: