Tengku Anis rai masyarakat orang asli terima vaksin

Agihan kurniaan daripada Raja Perempuan Tengku Anis turut dibantu oleh agensi kerajaan.
Agihan kurniaan daripada Raja Perempuan Tengku Anis turut dibantu oleh agensi kerajaan.
A
A
A

GUA MUSANG - Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid meraikan orang asli dengan mengurniakan pek makanan kepada masyarakat berkenaan yang menerima suntikan vaksin Covid-19.

Kurniaan itu merupakan tanda sokongan baginda kepada masyarakat orang asli di kawasan pedalaman yang menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Pengambilan suntikan vaksin itu merupakan salah satu usaha mencegah penularan jangkitan Covid-19 sekali gus meningkatkan imunisasi kelompok dalam kalangan masyarakat orang asli di Kelantan.

Wakil Raja Perempuan Tengku Anis, Nezalani menyampaikan pek makanan kepada orang asli di pedalaman Gua Musang.
Wakil Raja Perempuan Tengku Anis, Nezalani menyampaikan pek makanan kepada orang asli di pedalaman Gua Musang.

Penyampaian kurniaan itu disempurnakan oleh wakil baginda iaitu Nezalani Nawi.

Seramai 988 masyarakat orang asli telah menerima vaksin untuk dos kedua sepanjang tempoh suntikan vaksin berlangsung bermula pada 13 hingga 15 Oktober lalu.

Agihan kurniaan daripada Tengku Anis turut dibantu oleh agensi kerajaan.

Artikel Berkaitan: