X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 30 November 2021

Wanita warga emas rugi RM20,000 rantai diragut

Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang wanita warga emas berdepan detik cemas apabila diragut seorang lelaki ketika sedang berehat di halaman rumahnya di Kampung Masjid Raja, Bukit Besar, di sini, pada Rabu lalu.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira 1 petang itu, mangsa yang berusia 69 tahun dikatakan sedang duduk berseorangan sebelum dihampiri seorang lelaki yang datang dari arah belakang lalu meragut rantai emas dipakainya.

"Suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah motosikal jenis Honda EX5.

"Mangsa mengalami kerugian RM20,000 akibat kejadian ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Ahad.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi pada Ahad mengesahkan kejadian itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!