Pupuk budaya sihat, kikis sikap adu domba: Wan Saiful

Wan Saiful
Wan Saiful
A
A
A

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diseru menanam budaya sihat dalam parti supaya sikap adu domba untuk menyelamatkan kedudukan sendiri tidak menjadi amalan.

Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, gerak kerja perlu diperbanyakkan dan hasil kerja perlu menjadi bukti kepada usaha yang dilakukan itu.

“Bukannya banyak bercakap tetapi hasilnya tiada, malah gagal menghidupkan cawangan-cawangan yang ada.

“Kita mahu cawangan parti menjadi lebih banyak, bukannya semakin berkurang. Saya doakan agar semua cawangan dapat menjalankan persidangan dengan jayanya,” kata beliau dalam satu hantaran di Facebook ketika merasmikan taklimat tatacara persidangan cawangan-cawangan bagi Bahagian Sungai Petani, Merbok, Kuala Kedah, Jerlun, Padang Terap dan Kubang Pasu pada Ahad.

Wan Saiful menambah, persidangan cawangan merupakan medan penting untuk mendengar suara dan pandangan ahli parti di peringkat akar umbi.

Beliau pada masa yang sama turut berpesan kepada ahli-ahli supaya sentiasa cakna dengan perkembangan semasa dan berusaha mengukuhkan jentera parti untuk membolehkan Bersatu terus berkhidmat kepada rakyat.

Artikel Berkaitan: