X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 30 November 2021

Lelaki disyaki curi kabel di tapak pembinaan diberkas

Seorang lelaki ditahan kerana disyaki mencuri kabel di sebuah kawasan tapak pembinaan di Taman Puchong Prima, pada Jumaat. - Gambar hiasan
A
A

SUBANG JAYA - Seorang lelaki ditahan kerana disyaki mencuri kabel di sebuah kawasan tapak pembinaan di Taman Puchong Prima, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Bukit Puchong menahan lelaki berusia 30-an itu selepas melakukan intipan di lokasi pada jam 12 tengah hari.

"Kita mendapati sebuah lori jenis Hicom dalam keadaan mencurigakan sebelum menahan lelaki itu serta merampas satu alat pemotong besi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Abd Khalid berkata, semakan mendapati lelaki tersebut mempunyai satu rekod masih dikehendaki di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Suspek ditahan reman tiga hari bermula Sabtu hingga Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan," katanya.

Abd Khalid turut menasihati orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kegiatan yang mencurigakan di balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!